Pagi ini saya dan suami sampai ke sekolah pada pukul 7.25 pagi. Hujan turun renyai-renyai pagi ni. Saya dan suami berpakaian sukan yang lengkap ke sekolah untuk aktiviti senaman aerobik.
Walaupun gerimis, aktiviti senaman aerobik yang telah dirancang tetap dijalankan. Seronok juga rasanya bila melakukan aktiviti santai sebegini. Terasa seakan-akan hilang segala beban dan masalah yang ditanggung seketika.
Tanpa disedari, masa untuk senaman aerobik telah berakhir. Aduh, cepatnya masa berlalu. “Baru nak keluar peluh, dah kena berhenti lak”, kata saya di dalam hati.
Setelah mengikuti senaman aerobik, saya menyambung semula kerja-kerja bagi persediaan p&p sebentar lagi.
Tepat pukul 9.45 pagi. Kedengaran dari jauh bunyi bising di luar makmal. Rupa-rupanya murid-murid 4 Bestari sedang berlari-lari, berebut-rebut untuk masuk ke makmal komputer. Begitulah anak-anak kecil. TeringaT seketika semasa kita kecil dulu. Beginilah perangainya jika diarahkan ke makmal komputer. Kalau ada sayap, rasa macam nak terbang je macam burung, supaya cepat sampai.
P&p berjalan seperti yang dirancang. Saya pulang ke rumah jam 2.00 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan