Selasa, 22 Julai 2008

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-7

Pagi ini hujan turun dengan lebat. Saya dan suami sampai ke sekolah pada pukul 7.30 pagi. Sesampainya di sekolah, kami mengisi buku rekod kehadiran guru dan memulakan kerja-kerja seharian di sekolah. Tepat pukul 8.45 pagi, saya mengarahkan murid-murid 3 Bestari masuk ke makmal komputer.

Saya lihat murid-murid sungguh berminat bila belajar berpandukan komputer. Mereka memang menumpukan perhatian dan kerjasama yang penuh semasa belajar.

Selepas sesi penerangan dan langkah 1, saya mengarahkan murid untuk duduk di hadapan komputer secara berpasangan. Saya lihat mereka berebut-rebut untuk duduk dan memegang “mouse”. “Anak, anak”, terimbas seketika memori saya ketika saya kecil dulu.

Saya mengarahkan mereka untuk mendengar dan bertindak mengikut arahan guru. Saya membimbing mereka berdisiplin ketika belajar. Ini adalah supaya kelas saya berada dalam keadaan yang terkawal.

Semasa proses p&p tersebut, saya perhatikan ada murid yang lemah dalam word, teraba-raba mencari huruf. Mungkin mereka belum mendapat pendedahan yang meluas, ataupun mereka langsung tidak mempunyai komputer di rumah.

Tak kurang juga, ada yang mahir dalam word, sehingga pandai menukar bentuk, warna dan saiz tulisan. Tanpa diarah, mereka tahu apa yang nak dibuat.

Itulah pengalaman pertama saya bersama murid 3 Bestari. Apabila ditanya, berapa kerapkah mereka ke makmal komputer? Mereka menjawab banyak kali juga, tapi mereka cuma melihat tayangan sahaja, tidak berpeluang menggunakan komputer disebabkan bilangan komputer yang terlalu sedikit dibandingkan dengan bilangan murid yang ada.

Begitulah pengalaman profesional saya pada hari ini. Saya pulang ke rumah pada pukul 3.15 petang.

Tiada ulasan: