Pagi ini, aku dan suami menaiki motor ke sekolah. Cepat dan menjimatkan. Kami sampai tepat jam 7.30 pagi. Cuaca pagi ini cerah, secerahnya senyumanku.
Kerja-kerja membaiki bumbung sekolah masih lagi dijalankan. Untuk itu, murid-murid yang berkenaan terpaksa ditempatkan di tempat-tempat seperti yang telah ditetapkan.
Aku ada kelas bersama 3 Bestari pagi ini. Tepat jam 8.45 pagi, aku masuk ke kelas. Oleh kerana papan layar LCD tidak boleh digunakan, aku mengajar secara “chalk and talk” sahaja. Aku mengajar mata pelajaran pendidikan islam bidang akhlak tajuk “Adab Menziarahi Rakan”.
Selesai mengajar, aku membantu suamiku “menyetting” tulisan jawi ke dalam komputer makmal.
Kami pulang ke rumah pada pukul 2.00 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan