Selasa, 22 Julai 2008

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-10

Aku dan suami sampai seperti biasa ke sekolah pagi ini. Lebih kurang pukul 7.30 pagi. Pagi ini cuaca cerah, tidak seperti semalam.

Seperti biasa, aku ke pejabat untuk menanda buku rekod kedatangan guru. Dalam perjalanan, aku bertegur sapa dan berbalas senyuman dengan guru dan murid yang kujumpa.

Aku, suami dan Bang Jep banyak menghabiskan masa di makmal komputer. Di sana, kami berbincang, melakukan kerja-kerja penambahbaikan komputer makmal, membantu guru-guru yang mengahadapi masalah dalam komputer dan sebagainya.

Setakat ini, alhamdulillah, kami berasa amat diterima di sini. Dari segi layanan, kemesraan, keselesaan dan segalanya ada di sini. Kedudukan sekolah ini yang jauh dari “jalan besar” amat menenangkan kami. Ditambah pula dengan Guru Besar dan guru-gurunya yang amat “sporting” dan koperatif. “Alangkah bagusnya kalau aku dapat posting kat sini”, hatiku berharap.

Sambil menunggu peluang untuk memasuki kelas, kami membuat beberapa persediaan dan tugasan.

Tepat pukul 11.35 kelasku bermula. Murid-murid 3 Bestari masuk ke makmal komputer dengan diiringi oleh guru-guru jqaf mereka. Aku mengajar bidang Ulum Syariah tajuk “Mukhlafatuhu Lil Hawadis”. Aku membimbing murid-murid meneroka laman internet untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk yang diajar. Ternyata murid-murid amat berminat.

Pengajaranku berakhir setengah jam kemudian. Memandangkan hari ini hari Jumaat, aku menamatkan sesi pengajaranku pada pukul 12.05 untuk “mengejar” waktu solat Jumaat. Aku pulang ke rumah pada pukul 12.15 minit.

Tiada ulasan: