Selasa, 22 Julai 2008

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-6

Pagi ini, saya dan kawan-kawan menghadirkan diri ke perhimpunan sekolah pada pukul 7.45 pagi. Pada minggu ini, dijalankan program membaca kelolaan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Untuk itu, beberapa persembahan telah disusun untuk pengisian sesi perhimpunan sekolah. Antaranya persembahan pentomin oleh murid 5 Bestari, persembahan nasyid oleh 4 Pintar dan murid-murid Prasekolah.

Sesudah perhimpunan, saya meneruskan kerja-kerja saya di makmal komputer. Saya mengumpulkan bahan-bahan yang berkaitan untuk pengajaran saya sekejap lagi bersama para pelajar 4 Pintar.

Tibalah masa p&p saya. Saya mendapati murid-murid begitu berminat dan seronok apabila diarahkan duduk di meja komputer. Mereka begitu tidak sabar untuk memegang “mouse” yang ada di depan mata mereka.

Apabila saya memberi arahan untuk memegang mouse, mereka berebut-rebut antara satu sama lain. Di sini kawalan kelas yang tegas amat diperlukan. Walaupun telah berkali-kali diberi arahan supaya mendengar arahan guru sebelum berbuat sesuatu, nampaknya seperti “mencurah air di daun keladi”.

Ini bermakna, saya mesti mencari pendekatan dan strategi yang lain supaya murid-murid saya akan lebih berdisiplin semasa menggunakan komputer makmal sekolah di masa hadapan.

Saya pulang pada jam 2.30 petang.

Tiada ulasan: