Pagi ini, saya dan kawan-kawan menghadirkan diri ke perhimpunan sekolah pada pukul 7.45 pagi. Pada minggu ini, dijalankan program kelolaan Panitia Matematik dan Sains.
Perhimpunan pagi ini dikendalikan oleh Cik Noriza, salah seorang guru praktikum KPLI. Untuk itu, beberapa persembahan telah disusun untuk pengisian sesi perhimpunan sekolah. Antaranya persembahan dari murid-murid Prasekolah, persembahan pentomin oleh murid 5 Bestari, persembahan celik matematik dan sains dari murid-murid tahun 3 Bestari. Tidak kurang juga beebrapa persembahan “magic show” dari guru iaitu Puan Norazima dan Puan Siti Nor Saedah. Memang hebat sungguh guru-guru di sini.
Hari ini, murid-murid dari kelas 3 Pintar, 5 Bestari, 5 Pintar, 6 Bestari dan 6 Pintar diarahkan berpindah dari kelas mereka dan belajar di tempat-tempat yang telah ditetapkan. Ini adalah kerana terdapat kebocoran bumbung bangunan yang mereka duduki dan kerja-kerja membaik pulih sedang dijalalankan.
Dalam hal ini, makmal komputer terpaksa digunakan untuk menempatkan murid-murid 6 Bestari. Untuk itu, aku dan kawan-kawan terpaksa menggunakan bilik darjah semasa menjalankan p&p.
Hari ini aku mengajar murid-murid 4 Bestari dan 4 Pintar Pendidikan Islam bidang Akhlak Islamiah tajuk “Perkara-perkara Yang Menyakiti Jiran”.
Selebihnya sepert biasa, aku membuat persediaan untuk hari esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan