Hari ini, aku dan suami sampai seperti biasa ke sekolah. Cuaca pada mulanya mendung. Ku sangka hujan nak turun. Tetapi lebih kurang pukul 7.30 pagi, ianya berubah. Matahari menyinarkan cahayanya sedikit demi sedikit.
Pagi ni, kami senam aerobik beramai-ramai di padang sekolah bagi memecahkan "lemak-lemak" yang degil. Senaman aerobik pagi ini diketuai oleh Puan Suwarnee, guru praktikum KPLI dan "geng-gengnya". Seronok sungguh pagi ni.
Sesudah selesai senaman, aku menukar baju dan memulakan aktiviti seharianku; persediaan nak masuk kelas 4 Bestari.
Tepat jam 9.45 pagi, kedengaran murid-murid 4 Bestari "berlari-lari anak" ke makmal. Hari ini aku akan mengajar mereka Pendidikan Islam bidang Ulum Syariah tajuk "Hijrah Ke Habsyah". Malam tadi, aku telah menyiapkan satu slot powerpoint bagi tajuk tersebut. Aku juga menyediakan satu aktiviti yang berbentuk latihan dalam powerpoint bagi menguji minda anak-anak muridku.
Kulihat murid-murid begitu berminat bila kutayangkan powerpoint tersebut. Setibanya masa menguji minda, aku mengarahkan mereka berbincang dan bergilir-gilir menaip jawapan. Alhamdulillah, pengajaranku berjalan dengan lancar hari ini.
Ei, lupalak nak maklumkan. Murid-murid yang ditempatkan di kawasan sementara telah boleh masuk ke kelas mereka kembali kerana kerja-kerja membaik pulih telah selesai.
Bersambung esok pulak...
Rabu, 23 Julai 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan