Kami dimaklumkan bahawa jadual waktu masih dalam pemprosesan. Oleh itu, bagi mengisi masa dan ruang yang ada, kami bertiga terus mengorak langkah ke makmal computer bagi menjayakan misi kami yang tertangguh semalam.
Dalam pemprosesan tersebut, bermacam-macam kemahiran baru yang aku timba. Antaranya mengeluarkan ram komputer, membuka dan memasang cpu dan mengenalpasti motherboard yang bermasalah.
Kami mengalami beberapa kesulitan semasa melakukakan proses tersebut. Antaranya berlaku konflik “IP Adress”, komponen komputer yang tidak boleh berfungsi seperti motherboard dan power supply dan juga “kemusnahan” tumb drive kami yang menyebabkan hilang segala dokumen di dalamnya. Ini tiba-tiba terjadi sebaik sahaja kami meng”on”
Pada hari ini, hingga saat yang terakhir, kami berjaya menambah bilangan komputer sedia ada kepada 11 buah. “Syabas suamiku, tak rugi aku menjadi isterimu”, hatiku berkata dengan bangga.
Kerja kami diterukan sehingga pukul 4.00 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan