Cuaca minggu ini tidak berapa elok. Oleh itu, terpaksalah aku berkereta ke sekolah. Ingatkan nak naik motor je, boleh jimat pitih sikit. Minyak!Minyak! Hebat betul tamparannya kepada kita semua.
Pagi ini aku dan suami sampai ke sekolah seperti biasa, jam 7.30 pagi. Kelihatan suram dan redup suasana pagi ni. Seperti biasa aku terus ke pejabat untuk merekod kedatangan.
Hari ini, kulalui seperti hari-hari biasa. Tadi, semasa ke pejabat, aku, suami dan Bang Jep ada mengajukan soalan mengenai jadual waktu kami kepada GPK 1. Beliau memberitahu, kemungkinan besar, selepas rehat nanti, beliau akan menyerahkan jadual waktu kepada kami. Ui, tak sabar-sabar rasanya nak masuk ke kelas. Bagaimanalah penerimaan murid-murid nanti.
Oleh itu, untuk mengisi ruang masa yang ada, kami bertiga meneruskan kerja-kerja membaik-pulih komputer makmal. Aku dan Bang Jep sekadar membantu apa-apa yang patut. Selebihnya suamiku yang buat. Dia memang berpengalaman dalam bidang ini. Dah minat, gitula.
Selepas rehat, Guru Besar mengadakan mesyuarat guru. Beliau meminta salah seorang dari kami sebagai wakil di dalam mesyuarat tersebut. Oleh kerana Bang Jep lebih senior dari kami, dan lebih tinggi statusnya dari kami, maka beliau kami “utuskan” untuk menghadiri mesyuarat tersebut.
Antara agenda mesyuarat tersebut ialah, membincangkan tentang “Hari Usahawan” yang akan diadakan pada 30 Julai ini. Pada hari tersebut, kami diminta mengendalikan slot tayangan di makmal komputer. Kami menerima tugasan yang diamanahkan itu dengan hati yang terbuka.
Setelah berakhirnya mesyuarat tersebut, GPK 1 menyerahkan jadual waktu kepada kami. Aku diamanahkan untuk mengambil alih Pendidikan Islam Tahun 3 Bestari, 4 Bestari dan 4 Pintar.
Kami pulang pada pukul 12.30 tengahari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan