Ahad, 10 Ogos 2008

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-26

a. Sampai ke sekolah pukul 7.35 pagi.
b. Aktiviti senaman aerobik hingga pukul 8.15 pagi.
c. Diikuti perhimpunan ringkas sehingga pukul 9.15 pagi.
d. Masuk ke makmal komputer, meng"on"kan komputer-dalam keadaan standby.
e. Mengajar kelas 4B tajuk "Adab Berkumpul".
- Memberi pendedahan kepada murid penggunaan tulisan jawi dalam ms word.
- Membimbing murid menaip latihan dalam jawi.
f. Rasa puas hati kerana murid berminat untuk mempelajari benda baru.
g. Pergi minum di kantin bersama suami dan bang Jep.
h. Sambung kelas bersama murid 4P-topik dan p&p yang sama.
i. Pulang ke rumah pada pukul 2.00 petang kerana buat kerja "overtime" di makmal.

Sabtu, 9 Ogos 2008

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-25

a. Sampai ke sekolah pukul 7.35 pagi.
b. Mengemaskini folio dan projek khas, sebab takut pensyarah datang memantau.
c. Hari ini merupakan hari terakhir ujian bulanan dijalankan.
d. Kerja TMK tak ada apa yang boleh saya buat.. banyak komputer Kaspersky dah tamat tarikh. Itu semua kerja GITN. Katanya akan datang tapi ikut giliran.
e. Saya hanya membuat kerja sendiri dan blog sahaja di makmal.
f. Pukul 11.35 pagi, mengajar Tahun 3B macam biasa di bawah tajuk "Qiamuhu Binafsihi" selama 30 minit. P&p terlalu singkat sebab murid-murid lambat masuk ke makmal.
g. Tepat pukul 12.15, pulang ke rumah bagi persediaan untuk solat Jumaat.

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-24

a. Sampai ke sekolah pukul 7.35 pagi.
b. Cuaca kurang baik. Hujan turun dengan lebatnya pada pagi ini.
Hari ini mengawasi tahun 4P untuk ujian bulanan dari pukul 7.45 - 8.45 pagi. Ujian hari ini masuk hari ketiga dan rasa boring sikit masa mengawasinya. Oleh kerana hari ini mengawasi ujian, jadi tidak banyak kerja TMK yang saya dapat lakukan. Kebetulan, laptop pula tertinggal di rumah. Jadi, segala kerja yang patut dapat dihabiskan hari ini, tergendala.
Cuma yang dapat dilakukan hari ini ialah memasukkan font jawi dan membuat setting sedikit pada control panel.
c. 1.35 ptg - Balik

Khamis, 7 Ogos 2008

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-23

Pada hari ini, Hari Kedua Ujian Bulanan berlangsung. Saya diminta mengawasi ujian yang berlangsung tapi saya meminta kelepasan untuk membawa anak ke klinik untuk suntikan 1 tahun 6 bulan. Jadi saya ke sekolah hari ini pukul 10.00 pagi.. Jadi tak banyak yang dapat saya lakukan untuk TMK. P&p tidak berjalan memandangkan ujian bermula pada hari ini. Memandangkan hari ini saya lewat, saya dapat tahu GPK 1 mencari saya kerana tak masuk menjaga ujian yang dijalankan. Pada hal saya dah maklumkan pada GB bahawa saya hari ini membawa anak ke klinik dan kemungkinan saya tidak sempat menjaga kelas ujian waktu saya. Hal ini berlaku kerana GKP 1 tak dimaklumkan oleh GB...
1.40 ptg - Pulang

Rabu, 6 Ogos 2008

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-22

7.30 pagi - Sampai ke SKRCB.
7.35 pagi - Masuk ke dalam makmal komputer, meng"on"kan semua komputer untuk penyelenggaraan dan update antivirus.
8.00 pagi -Peperiksaan bulanan bermula. 5- 8 Ogos 2008 ,ujian bulan Ogos selaras dan percubaan UPSR. Hari ini semua P&P tidak berjalan kerana memberi laluan kepada peperiksaan selaras.
8.45 pagi - Masuk ke kelas 3B untuk menjaga peperiksaan.
9.30 pagi - Buat persediaan untuk portfolio dan jurnal refleksi. Membuat instalasi teka
silangkata dalam komputer untuk aktiviti jejak maklumat petang ini. Program ini menggunakan software "hot potatoes".
10.00 pagi -Mendapatkan bahan-bahan untuk P&P dari internet.
1.35 ptg - Pelajar balik.
3.45 ptg - Program jejak maklumat bermula. Pelajar masuk ke makmal untuk menjawab bahagian uji minda. Setiap kumpulan diberi masa selama 10 minit untuk menjawab.
5.00 ptg - Balik

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-21

7.40 pagi - Sampai sekolah SKRCB. Hari ini lewat sikit kerana hari hujan.
7.45 pagi - Perhimpunan sekolah dijalankan dalam dewan sempena tamatnya bulan kecergasan dan bermulanya sambutan bulan kemerdekaan. Sepatutnya aku jadi mc bagi perhimpunan pagi ni, tapi aku minta excuse sebab aku demam dan pening kepala disebabkan selsema.
9.45 pagi - Masuk ke makmal komputer, buka semua komputer untuk persediaan P&P hari ini.
10.30 pagi - Aku memulakan p&p ku dengan 4B pagi ini kerana perhimpunan lewat tamat - 10.30 pagi. Untuk itu, hanya sedikit ilmu yang boleh kukongsikan bersama mereka.
11.05 pagi - P&P bagi kelas 4P bermula. Semuanya berjalan dengan lancar. Nampaknya pelajar dapat menjawab latihan yang diberi dalam word secara perbincangan bersama rakan.
12.00 tgh - En. Hamzah Bin Dollah, Pensyarah IPPM datang ke SKRCB bagi tujuan pemantauan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
1.05 ptg - Kelas tamat. Membuat sessi perbincangan dengan En.Hamzah berkaitan dengan portfolio dan projek khas. En. Hamzah menyarankan agar kami memulakan dengan segera bagi projek khas. Fail portfolio perlu dikemaskini dari semasa ke semasa. Hari Jumaat ini En.Hamzah hendak melihat semula hasilnya.
2.05 ptg - Mengiringi En. Hamzah balik.
2.15 ptg - Mencari soalan teka silangkata dari internet untuk aktiviti jejak maklumat esok.
2.30 ptg -Balik.

Sabtu, 2 Ogos 2008

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-20

1 Ogos 2008 (Jumaat)
1. 7.30 pagi sampai ke sekolah
2. 7.40 masuk ke makmal komputer, buka semua komputer untuk update antivirus. Buat persediaan untuk tayangan video sempena Hari Usahawan Peringkat Sekolah. Makmal ICT akan menayangkan video "CUCI" dan "Koleksi Raja Lawak" Musim ke-2 Nabil. Semua P&P hari ini dibatalkan untuk menjayakan program tersebut. Guru dan pelajar sama-sama berniaga mengikut persatuan masing-masing. Hari ini kantin sekolah ditutup. Semua urusniaga dijalankan menggunakan kupon khas.
3. 8.00 operasi perniagaan bermula dan tamat pada 12.00 tengah hari.
4. Tayangan bermula pukul 10.00 pg .Pelajar yang ingin menonton dikenakan bayaran masuk RM 1.00.
5. 10.30 tayangan kedua bermula tajuk video "CUCI".
6. 11.30 tayangan dihentikan untuk mengarahkan pelajar mengutip sampah ditempat niaga.
7. Tepat pukul 12.00 tengahari, kerja kemas mengemas makmal komputer dimulakan.
8. 12.15 balik

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-19

31 Julai 2008 (Khamis)
1. 7.30 pagi sampai ke sekolah.
2. Mengajar tahun 4P- masa : pukul 7.45 -8.45, tajuk Hafazan Surah Al-Zalzalah; tayangan slaid powerpoint Surah Al=Zalzalah,membaca secara talaqi musyafahah dan membuat latihan dalam microsoft word.
3. Membantu suami membuat penyelenggaraan komputer di makmal.5. Mendownload bahan dari internet untuk tajuk P&P esok.6. membuat penyelenggaraan komputer makmal komputer sekolah dan memastikan antivirus up to date.
4. membuat penyelenggaraan komputer. Cuba membuat tayangan video untuk persediaan pertunjukkan program Hari Usahawan esok. Malangnya semasa sedang melihat tayangan, tiba-tiba LCD meletup.Bila dicari puncanya, rupa-rupanya bulbnya terbakar.
5. 1.35 tengahari semua pelajar balik.
6. 2.00 petang - Kami bertiga stayback sampai petang untuk membuat tugasan En.Azman.

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-18

30 Julai 2008 (Rabu)
1. 7.30 pagi sampai ke sekolah.
2. Mengikuti aktiviti senaman aerobik yang telah bermula di padang sekolah; semua guru dan pelajar berada di padang sekolah.
3. Bersedia untuk mengajar tahun : 4B- masa : pukul 9.45 -10.45, tajuk Hafazan Surah Al-Zalzalah; tayangan slaid powerpoint Surah Al=Zalzalah,membaca secara talaqi musyafahah dan membuat latihan dalam microsoft word.
4.Membantu suami membuat penyelenggaraan komputer di makmal.
5. Mendownload bahan dari internet untuk tajuk P&P esok.
6. membuat penyelenggaraan komputer makmal komputer sekolah dan memastikan antivirus up to date.
7. pukul 2.00 balik.

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-17

29 Julai 2008 (Selasa)
1. 7.35 pagi sampai sekolah.- Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah datang memantau di SKRCB. Semua guru mengajar seperti biasa.
2. Masuk ke makmal komputer membuka semua komputer untuk persediaan P&Pdalam mod standby
3. Mengajar tahun 3B:- Pukul : 8.45 - 9.15 pagi- Tajuk : Adab Menziarahi Rakan. Penerangan dalam Microsoft Powerpoint, membimbing murid menjawab latihan dalam Microsoft Word.
4. Membantu suami membetulkan komputer pejabat dan menyambung pengisian tulisan jawi dalam komputer.
5. 2.00 balik.

Selasa, 29 Julai 2008

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-16

Hari Isnin (28 Julai 2008)

1. Sampai sekolah 7.30 pagi. Menghadiri perhimpunan sekolah dan menyanyi; nyanyian lagu negaraku, Melaka Maju Jaya, Wawasan Pendidikan, Lagu Sekolah danAsmaul Husna.
2. Ucapan Guru Bertugas; disampaikan oleh Bang Jep selaku guru bertugas minggu ini- menyampaikan tazkirah kepada pelajar, bertajuk "Adab-Adab bersama guru".
3. Minggu ini merupakan minggu Panatia Seni, Sivik dan Kemahiran Hidup. Aktiviti yang telah dirancang :
Selasa - Siaran radio Bicara Tokoh, Pertandingan Mewarna P. Seni
Rabu - Siaran radio Bicara Tokoh, Kuiz Sivik
Khamis - Siaran radio Bicara Tokoh
Jumaat - Hari Usahawan Kemahiran Hidup
4. Persembahan oleh pelajar Tahun 5 Pintar - sketsa berkaitan dengan adab dan tingkah laku pelajar semasa belajar. Sketsa dikendalikan oleh Puan Nor Haslina Aliasan. Juga persembahan mendeklamasikan sajak oleh Pelajar 5 Bestari - Nor Farhana bertajuk "Jikalau engkau".
5. Ucapan pentadbir - Pn. Jemaah; GPK1 mengingatkan pelajar tentang amalan memberi salam kepada guru atau pegawai yang datang melawat ke sekolah. Pelajar-pelajar juga diingatkan agar tidak keluar dari kelas sewenang-wenangnya semasa waktu pertukaran guru.
6. Bacaan doa oleh pelajar.Perhimpunan tamat.
7. 10.15 -10.45 mengajar Tahun 4B Tajuk "Adab Berkumpul".
8. 11.05 - 11.35 mengajar topik yang sama seperti 4B.
9. Menulis refleksi.
10. 2.05 Balik.

Isnin, 28 Julai 2008

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-15

25 Julai 2008 (Jumaat)

1. Sampai sekolah Jam 7.30 pagi.
2. 9.05 - 9.45 Menghadiri Mesyuarat guru di pusat sumber sekolah.
3. Mengajar Tahun 5B- Masa : 11.35 - 12.05 pagi. Tajuk : Qiamuhu Binafsihi.
i. Mempertontonkan tayangan video kepada murid.
ii. Mencari dalil akli Qiamuhu Binafsihi dalam internet.
iii. Memasukkan maklumat dalam folder masing-masing dan menyimpannya.
4.Minggu hadapan pegawai PPD akan datang melawat ke sekolah secara berkumpulan.Guru-guru di minta mengemaskini semua fail-fail panatia.
5. Semua guru SKRCB akan mengikuti LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan) di Air Keroh esok (Sabtu-26 Julai 08).
6. Guru KSPK dan guru pelatih tidak terlibat.
7. 12.05 balik ( Sekolah ganti hari raya diganti pada hari sabtu yang lain).

Khamis, 24 Julai 2008

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-14

Hari ini hari Khamis. Aku dan suami sampai seperti biasa ke sekolah. Kami berdua berbaju batik ke sekolah.
Kelasku bermula awal pagi ini, pukul 7.45 pagi. Hari ini aku mengajar mereka Pendidikan Islam bidang Ulum Syariah tajuk "Hijrah Ke Habsyah". Bahan pengajaranku sama seperti kelas 4 Bestari semalam.
Selepas selesai penerangan, murid-murid diarahkan menjawab soalan melalui powerpoint dan word. Murid-murid masih lemah dalam word. Bila ditanya, mereka kurang mendapat pendedahan baik di rumah mahupun di sekolah.
Insyaallah, kami bercadang ingin mengadakan kelas intensif ICT kepada pelajar tahun 4 dan 5 pada setiap hari sabtu.
Sekian, untuk makluman pada hari ini. Bersambung esok pulak...

Rabu, 23 Julai 2008

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-13

Hari ini, aku dan suami sampai seperti biasa ke sekolah. Cuaca pada mulanya mendung. Ku sangka hujan nak turun. Tetapi lebih kurang pukul 7.30 pagi, ianya berubah. Matahari menyinarkan cahayanya sedikit demi sedikit.
Pagi ni, kami senam aerobik beramai-ramai di padang sekolah bagi memecahkan "lemak-lemak" yang degil. Senaman aerobik pagi ini diketuai oleh Puan Suwarnee, guru praktikum KPLI dan "geng-gengnya". Seronok sungguh pagi ni.
Sesudah selesai senaman, aku menukar baju dan memulakan aktiviti seharianku; persediaan nak masuk kelas 4 Bestari.
Tepat jam 9.45 pagi, kedengaran murid-murid 4 Bestari "berlari-lari anak" ke makmal. Hari ini aku akan mengajar mereka Pendidikan Islam bidang Ulum Syariah tajuk "Hijrah Ke Habsyah". Malam tadi, aku telah menyiapkan satu slot powerpoint bagi tajuk tersebut. Aku juga menyediakan satu aktiviti yang berbentuk latihan dalam powerpoint bagi menguji minda anak-anak muridku.
Kulihat murid-murid begitu berminat bila kutayangkan powerpoint tersebut. Setibanya masa menguji minda, aku mengarahkan mereka berbincang dan bergilir-gilir menaip jawapan. Alhamdulillah, pengajaranku berjalan dengan lancar hari ini.
Ei, lupalak nak maklumkan. Murid-murid yang ditempatkan di kawasan sementara telah boleh masuk ke kelas mereka kembali kerana kerja-kerja membaik pulih telah selesai.
Bersambung esok pulak...

Selasa, 22 Julai 2008

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-12

Pagi ini, aku dan suami menaiki motor ke sekolah. Cepat dan menjimatkan. Kami sampai tepat jam 7.30 pagi. Cuaca pagi ini cerah, secerahnya senyumanku.

Kerja-kerja membaiki bumbung sekolah masih lagi dijalankan. Untuk itu, murid-murid yang berkenaan terpaksa ditempatkan di tempat-tempat seperti yang telah ditetapkan.

Aku ada kelas bersama 3 Bestari pagi ini. Tepat jam 8.45 pagi, aku masuk ke kelas. Oleh kerana papan layar LCD tidak boleh digunakan, aku mengajar secara “chalk and talk” sahaja. Aku mengajar mata pelajaran pendidikan islam bidang akhlak tajuk “Adab Menziarahi Rakan”.

Selesai mengajar, aku membantu suamiku “menyetting” tulisan jawi ke dalam komputer makmal.

Kami pulang ke rumah pada pukul 2.00 petang.

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-11

Pagi ini, saya dan kawan-kawan menghadirkan diri ke perhimpunan sekolah pada pukul 7.45 pagi. Pada minggu ini, dijalankan program kelolaan Panitia Matematik dan Sains.

Perhimpunan pagi ini dikendalikan oleh Cik Noriza, salah seorang guru praktikum KPLI. Untuk itu, beberapa persembahan telah disusun untuk pengisian sesi perhimpunan sekolah. Antaranya persembahan dari murid-murid Prasekolah, persembahan pentomin oleh murid 5 Bestari, persembahan celik matematik dan sains dari murid-murid tahun 3 Bestari. Tidak kurang juga beebrapa persembahan “magic show” dari guru iaitu Puan Norazima dan Puan Siti Nor Saedah. Memang hebat sungguh guru-guru di sini.

Hari ini, murid-murid dari kelas 3 Pintar, 5 Bestari, 5 Pintar, 6 Bestari dan 6 Pintar diarahkan berpindah dari kelas mereka dan belajar di tempat-tempat yang telah ditetapkan. Ini adalah kerana terdapat kebocoran bumbung bangunan yang mereka duduki dan kerja-kerja membaik pulih sedang dijalalankan.

Dalam hal ini, makmal komputer terpaksa digunakan untuk menempatkan murid-murid 6 Bestari. Untuk itu, aku dan kawan-kawan terpaksa menggunakan bilik darjah semasa menjalankan p&p.

Hari ini aku mengajar murid-murid 4 Bestari dan 4 Pintar Pendidikan Islam bidang Akhlak Islamiah tajuk “Perkara-perkara Yang Menyakiti Jiran”.

Selebihnya sepert biasa, aku membuat persediaan untuk hari esok.

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-10

Aku dan suami sampai seperti biasa ke sekolah pagi ini. Lebih kurang pukul 7.30 pagi. Pagi ini cuaca cerah, tidak seperti semalam.

Seperti biasa, aku ke pejabat untuk menanda buku rekod kedatangan guru. Dalam perjalanan, aku bertegur sapa dan berbalas senyuman dengan guru dan murid yang kujumpa.

Aku, suami dan Bang Jep banyak menghabiskan masa di makmal komputer. Di sana, kami berbincang, melakukan kerja-kerja penambahbaikan komputer makmal, membantu guru-guru yang mengahadapi masalah dalam komputer dan sebagainya.

Setakat ini, alhamdulillah, kami berasa amat diterima di sini. Dari segi layanan, kemesraan, keselesaan dan segalanya ada di sini. Kedudukan sekolah ini yang jauh dari “jalan besar” amat menenangkan kami. Ditambah pula dengan Guru Besar dan guru-gurunya yang amat “sporting” dan koperatif. “Alangkah bagusnya kalau aku dapat posting kat sini”, hatiku berharap.

Sambil menunggu peluang untuk memasuki kelas, kami membuat beberapa persediaan dan tugasan.

Tepat pukul 11.35 kelasku bermula. Murid-murid 3 Bestari masuk ke makmal komputer dengan diiringi oleh guru-guru jqaf mereka. Aku mengajar bidang Ulum Syariah tajuk “Mukhlafatuhu Lil Hawadis”. Aku membimbing murid-murid meneroka laman internet untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk yang diajar. Ternyata murid-murid amat berminat.

Pengajaranku berakhir setengah jam kemudian. Memandangkan hari ini hari Jumaat, aku menamatkan sesi pengajaranku pada pukul 12.05 untuk “mengejar” waktu solat Jumaat. Aku pulang ke rumah pada pukul 12.15 minit.

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-9

Hari ini cuaca nampak baik. Berkat rahmat turunnya hujan malam tadi barangkali. Aku dan suami berkereta ke sekolah kerana menghantar anak yang demam ke rumah penjaganya.

Tepat pukul 7.35 pagi, kami sampai di sekolah. Ada masa 10 minit lagi sebelum bermulanya P&P ku yang pertama untuk hari ini.

Tepat pukul 7.45 pagi, masuk murid-murid 4 Pintar. Hari ini, aku mengajar topik “Hafazan, Surah Al-A’diyat”.

Semasa p&p, aku mendedahkan murid dengan bacaan penuh ayat, bersoal jawab melalui komputer dan membuat latihan di dalam word. Ternyata murid-murid terlalu berminat belajar dengan berbantukan komputer. Seronok aku melihatnya.

Pengalaman profesional hari ini berakhir pada pukul 2.00 petang.

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-8

Pagi ini saya dan suami sampai ke sekolah pada pukul 7.25 pagi. Hujan turun renyai-renyai pagi ni. Saya dan suami berpakaian sukan yang lengkap ke sekolah untuk aktiviti senaman aerobik.

Walaupun gerimis, aktiviti senaman aerobik yang telah dirancang tetap dijalankan. Seronok juga rasanya bila melakukan aktiviti santai sebegini. Terasa seakan-akan hilang segala beban dan masalah yang ditanggung seketika.

Tanpa disedari, masa untuk senaman aerobik telah berakhir. Aduh, cepatnya masa berlalu. “Baru nak keluar peluh, dah kena berhenti lak”, kata saya di dalam hati.

Setelah mengikuti senaman aerobik, saya menyambung semula kerja-kerja bagi persediaan p&p sebentar lagi.

Tepat pukul 9.45 pagi. Kedengaran dari jauh bunyi bising di luar makmal. Rupa-rupanya murid-murid 4 Bestari sedang berlari-lari, berebut-rebut untuk masuk ke makmal komputer. Begitulah anak-anak kecil. TeringaT seketika semasa kita kecil dulu. Beginilah perangainya jika diarahkan ke makmal komputer. Kalau ada sayap, rasa macam nak terbang je macam burung, supaya cepat sampai.

P&p berjalan seperti yang dirancang. Saya pulang ke rumah jam 2.00 petang.

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-7

Pagi ini hujan turun dengan lebat. Saya dan suami sampai ke sekolah pada pukul 7.30 pagi. Sesampainya di sekolah, kami mengisi buku rekod kehadiran guru dan memulakan kerja-kerja seharian di sekolah. Tepat pukul 8.45 pagi, saya mengarahkan murid-murid 3 Bestari masuk ke makmal komputer.

Saya lihat murid-murid sungguh berminat bila belajar berpandukan komputer. Mereka memang menumpukan perhatian dan kerjasama yang penuh semasa belajar.

Selepas sesi penerangan dan langkah 1, saya mengarahkan murid untuk duduk di hadapan komputer secara berpasangan. Saya lihat mereka berebut-rebut untuk duduk dan memegang “mouse”. “Anak, anak”, terimbas seketika memori saya ketika saya kecil dulu.

Saya mengarahkan mereka untuk mendengar dan bertindak mengikut arahan guru. Saya membimbing mereka berdisiplin ketika belajar. Ini adalah supaya kelas saya berada dalam keadaan yang terkawal.

Semasa proses p&p tersebut, saya perhatikan ada murid yang lemah dalam word, teraba-raba mencari huruf. Mungkin mereka belum mendapat pendedahan yang meluas, ataupun mereka langsung tidak mempunyai komputer di rumah.

Tak kurang juga, ada yang mahir dalam word, sehingga pandai menukar bentuk, warna dan saiz tulisan. Tanpa diarah, mereka tahu apa yang nak dibuat.

Itulah pengalaman pertama saya bersama murid 3 Bestari. Apabila ditanya, berapa kerapkah mereka ke makmal komputer? Mereka menjawab banyak kali juga, tapi mereka cuma melihat tayangan sahaja, tidak berpeluang menggunakan komputer disebabkan bilangan komputer yang terlalu sedikit dibandingkan dengan bilangan murid yang ada.

Begitulah pengalaman profesional saya pada hari ini. Saya pulang ke rumah pada pukul 3.15 petang.

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-6

Pagi ini, saya dan kawan-kawan menghadirkan diri ke perhimpunan sekolah pada pukul 7.45 pagi. Pada minggu ini, dijalankan program membaca kelolaan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Untuk itu, beberapa persembahan telah disusun untuk pengisian sesi perhimpunan sekolah. Antaranya persembahan pentomin oleh murid 5 Bestari, persembahan nasyid oleh 4 Pintar dan murid-murid Prasekolah.

Sesudah perhimpunan, saya meneruskan kerja-kerja saya di makmal komputer. Saya mengumpulkan bahan-bahan yang berkaitan untuk pengajaran saya sekejap lagi bersama para pelajar 4 Pintar.

Tibalah masa p&p saya. Saya mendapati murid-murid begitu berminat dan seronok apabila diarahkan duduk di meja komputer. Mereka begitu tidak sabar untuk memegang “mouse” yang ada di depan mata mereka.

Apabila saya memberi arahan untuk memegang mouse, mereka berebut-rebut antara satu sama lain. Di sini kawalan kelas yang tegas amat diperlukan. Walaupun telah berkali-kali diberi arahan supaya mendengar arahan guru sebelum berbuat sesuatu, nampaknya seperti “mencurah air di daun keladi”.

Ini bermakna, saya mesti mencari pendekatan dan strategi yang lain supaya murid-murid saya akan lebih berdisiplin semasa menggunakan komputer makmal sekolah di masa hadapan.

Saya pulang pada jam 2.30 petang.

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-5

Cuaca minggu ini tidak berapa elok. Oleh itu, terpaksalah aku berkereta ke sekolah. Ingatkan nak naik motor je, boleh jimat pitih sikit. Minyak!Minyak! Hebat betul tamparannya kepada kita semua.

Pagi ini aku dan suami sampai ke sekolah seperti biasa, jam 7.30 pagi. Kelihatan suram dan redup suasana pagi ni. Seperti biasa aku terus ke pejabat untuk merekod kedatangan.

Hari ini, kulalui seperti hari-hari biasa. Tadi, semasa ke pejabat, aku, suami dan Bang Jep ada mengajukan soalan mengenai jadual waktu kami kepada GPK 1. Beliau memberitahu, kemungkinan besar, selepas rehat nanti, beliau akan menyerahkan jadual waktu kepada kami. Ui, tak sabar-sabar rasanya nak masuk ke kelas. Bagaimanalah penerimaan murid-murid nanti.

Oleh itu, untuk mengisi ruang masa yang ada, kami bertiga meneruskan kerja-kerja membaik-pulih komputer makmal. Aku dan Bang Jep sekadar membantu apa-apa yang patut. Selebihnya suamiku yang buat. Dia memang berpengalaman dalam bidang ini. Dah minat, gitula.

Selepas rehat, Guru Besar mengadakan mesyuarat guru. Beliau meminta salah seorang dari kami sebagai wakil di dalam mesyuarat tersebut. Oleh kerana Bang Jep lebih senior dari kami, dan lebih tinggi statusnya dari kami, maka beliau kami “utuskan” untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Antara agenda mesyuarat tersebut ialah, membincangkan tentang “Hari Usahawan” yang akan diadakan pada 30 Julai ini. Pada hari tersebut, kami diminta mengendalikan slot tayangan di makmal komputer. Kami menerima tugasan yang diamanahkan itu dengan hati yang terbuka.

Setelah berakhirnya mesyuarat tersebut, GPK 1 menyerahkan jadual waktu kepada kami. Aku diamanahkan untuk mengambil alih Pendidikan Islam Tahun 3 Bestari, 4 Bestari dan 4 Pintar.

Kami pulang pada pukul 12.30 tengahari.

Isnin, 21 Julai 2008

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-4

Hari ini, kami masih belum menerima jadual lagi. Mungkin guru-guru di sini masih “tergamam” dan “belum bersedia” dengan kedatangan kami ke sini. Untuk mengisi ruang yang banyak itu, kami memanfaatkannya dengan menyelenggara saki baki komputer rosak yang ada di makmal. Bagi komputer yang sudah berfungsi dengan baik, kami membuat “ double check” ke atasnya.

Selebihnya, saya dan kawan-kawan membuat beberapa persediaan untuk hari esok.

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-3

Pagi ini, aku dan suami sampai seperti biasa ke sekolah. Kami telah dimaklumkan oleh Guru Bertugas Mingguan di dalam perhimpunan bahawa pada hari ini akan diadakan aktiviti senaman aerobik sempena Bulan Kecerdasan.

Kami juga dimaklumkan bahawa jadual waktu masih dalam pemprosesan.

Bagi mengisi kesempatan yang ada, kami tidak melibatkan diri dalam aktiviti senaman aerobik tersebut. Ini adalah disebabkan kami ingin meneruskan kerja-kerja membaik pulih komputer di dalam makmal. Ini bertujuan melancarkan proses pemantauan oleh pensyarah pembimbing ketika proses penilaian dijalankan.

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-2

Pagi ini, aku dan suami sampai awal ke sekolah. Kelmarin, aku dimaklumkan oleh Guru Bertugas Mingguan di dalam perhimpunan bahawa pada hari ini akan diadakan jamuan bubur durian kacang. Untuk itu, aku membawa sedikit buah tangan untuk dikongsi bersama dalam kenduri tersebut.

Kami dimaklumkan bahawa jadual waktu masih dalam pemprosesan. Oleh itu, bagi mengisi masa dan ruang yang ada, kami bertiga terus mengorak langkah ke makmal computer bagi menjayakan misi kami yang tertangguh semalam.

Dalam pemprosesan tersebut, bermacam-macam kemahiran baru yang aku timba. Antaranya mengeluarkan ram komputer, membuka dan memasang cpu dan mengenalpasti motherboard yang bermasalah.

Kami mengalami beberapa kesulitan semasa melakukakan proses tersebut. Antaranya berlaku konflik “IP Adress”, komponen komputer yang tidak boleh berfungsi seperti motherboard dan power supply dan juga “kemusnahan” tumb drive kami yang menyebabkan hilang segala dokumen di dalamnya. Ini tiba-tiba terjadi sebaik sahaja kami meng”on”kan cpu komputer. Rupa-rupanya ia terjadi disebabkan kesalahan memasang kabel usb di dalam cpu. Apa lagi, tumb drive yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Pada hari ini, hingga saat yang terakhir, kami berjaya menambah bilangan komputer sedia ada kepada 11 buah. “Syabas suamiku, tak rugi aku menjadi isterimu”, hatiku berkata dengan bangga.

Kerja kami diterukan sehingga pukul 4.00 petang.

PENGALAMAN PROFESIONAL HARI-1

Hari ini, aku dan suami akan mula menjalankan hari pertama di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar. Kami akan menjalankan Pengalaman Profesional kami atau lebih dikenali sebagai Praktikum di sini selama 6 minggu. Bermacam perasaan bermain di hatiku; resah, gelisah, takut, semua ada.

Aku bangun awal pagi,lebih kurang pukul 5.00 pagi. Maklumlah, hari pertama, semangat datang berkobar-kobar. Dalam hati, Allah saja yang tahu. Maklumlah, dah 6 bulan lebih aku tidak menjengukkan kakiku ke alam persekolahan. “Bagaimanalah aku akan menghadapi hari ini?”,fikirku di dalam hati.

Kami sampai awal ke sekolah, kira-kira jam 7.15 pagi. Difahamkan sesi persekolahan disini bermula pada pukul 7.45 pagi.Kelihatan, beberapa orang guru sedang berlegar-legar di perkarangan sekolah. Aku dan mereka saling bertukar-tukar senyuman dan bertegur sapa.

“Mana Bang Jep ni? Tak sampai lagi ke?”, hatiku bertanya. Memikirkan mungkin beliau sudah naik ke pejabat, aku dan suami terus mengorak langkah ke pejabat untuk berjumpa dengan Guru Besar bagi tujuan melapor diri. Kedatangan kami disambut dengan penuh senyuman. Bak kata Guru Besar SKRCB, “Kecil Tapak Tangan, Nyiru Kami Tadahkan”.

Pada mulanya, Guru Besar sendiri terkejut dengan kehadiran kami bertiga. Rupa-rupanya kami dimaklumkan telah datang 6 orang guru KPLI yang sudah menjalani seminggu praktikum di sini. “Alhamdulillah, adalah kawan aku rupanya”, kataku di dalam hati.

Kemudian, kami menghadiri sesi perhimpunan sekolah yang dimulakan tepat pada pukul 7.45 pagi waktu tempatan. Minggu tersebut adalah Minggu Bahasa Inggeris. Pada pagi tersebut, beberapa aktiviti telah disusun dan dipersembahkan dengan jayanya seperti persembahan lagu “Twinkle Twinkle Little Star” oleh murid Prasekolah, persembahan biola dan saksofon oleh anak saudara salah seorang guru di sini yang kini menuntut di luar negara.

Dalam perhimpunan tersebut juga, Guru Besar telah menyampaikan beberapa hadiah dan saguhati kepada para pemenang sempena Minggu Anti Dadah pada minggu lepas.

Setelah itu, kami berjumpa dengan Guru Penolong Kanan 1 untuk mendapatkan jadual waktu. Jadual waktu diberikan seperti mana yang ditetapkan oleh pihak maktab iaitu 8 waktu seminggu. Aku ditugaskan mengajar kelas 3 Bestari, 4 Bestari dan 4 Pintar dalam matapelajaran Pendidikan Islam.

Setelah berbincang mengenai pengagihan jadual waktu, kami bertiga terus meminta pelepasan untuk berjumpa dengan Guru Makmal Komputer iaituy Encik Nor Khushairi. Kami dimaklumkan bahawa bilangan komputer yang boleh digunakan di dalam makmal hanya sebanyak 4 buah sahaja. Timbul kebimbangan pada diri kami, bagaimana untuk melaksanakan praktikum jika keadaan begini berterusan.

Atas rasa keyakinan dengan keupayaan diri sendiri, kami bertiga meminta izin untuk membaik pulih komputer-komputer yang rosak. Dengan bimbingan Encik Md Abu Fadrey; suamiku, yang memang cukup berpengalaman dalam kerja membaik pulih komputer, kami berjaya menambah angka komputer yang elok kepada 8 buah.

Tersenyum Guru Besar bila disampaikan berita baik kepada beliau. Kami mula menaruh keyakinan untuk meneruskan praktikum ini. Kami berazam untuk menambah angka ini kepada angka yang lebih tinggi pada hari seterusnya. Insyaallah.

Kerja-kerja membaik pulih dihentikan pada jam 2.30 petang.

UJIAN BULANAN BULAN JULAI 2008

Adalah dimaklumkan bahawa SKRCB akan mengadakan Ujian Bulan Julai 2008 pada 5,6 dan 7 Ogos 2008.

Rabu, 9 Julai 2008

JADUAL WAKTU PENGALAMAN PROFESIONAL 2008

ISNIN - 10.15 PAGI - PI 4 BESTARI
- 11.05 PAGI - PI 4 PINTAR

SELASA - 08.45 PAGI - PI 3 BESTARI

RABU - 09.45 PAGI - PI 4 BESTARI

KHAMIS - 07.45 PAGI - PI 4 PINTAR

JUMAAT - 11.35 PAGI - PI 3 BESTARI

Khamis, 3 Julai 2008

Selamat datang ke dalam blog ini. Harap kita semua dapat berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan demi kecemerlangan ummah. Insyaallah...